Bahan-Bahan:
Bahan Nasi:
500g beras dibasuh - toskan
50g kulit ayam
5 biji bawang merah dikisar
5 biji bawang putih dikisar
1 ½ inci halia dikisar
3 ketul kiub pati ayam Maggi
3 sudu besar marjerin untuk menumis
sedikit garam
sedikit bahan perasa
Bahan Sup:
3 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
sedikit lada hitam ditumbuk
1 bungkus sup punjut Adabi
Tulang ayam
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit bahan perasa
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Air
Bahan Perap Ayam:
1 ekor ayam
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
6-8 biji cili padi dikisar
4 sudu besar madu
sedikit serbuk lada putih
4 subu besar sos tiram
sedikit garam
Bahan Sos:
sedikit minyak untuk menumis
3 biji bawang putih dikisar
8 tangkai cili kering dikisar
5 biji cili merah dikisar
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
½ sudu kecil bahan perasa
Sedikit air
Cara:
-Untuk memasak nasi, tumis semua bahan yang dikisar hingga kekuningan.Masukkan air,kiub pati ayam,kulit ayam,garam dan bahan perasa. Kacau hingga mendidih.Setelah air kering, tutup dan kecilkan api.
-Untuk perapan ayam, potong ayam kepada 4 bahagian. Kemudian masukkan kicap pekat,kicap cair,cili padi dikisar, madu, serbuk lada putih, sos tiram dan garam. Kacau hingga sebati,perap ayam tadi selama 1 jam.Kemudian kukus ayam tadi.
-Selepas ayam itu dikukus, bolehlah digoreng hingga masak kekuningan.
-Untuk membuat sup pula,tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga kekuningan. ---Kemudian masukkan lada hitam, tulang ayam ,sup bunjut Adabi dan air.Setelah mendidih masukkan garam,bahan perasa dan sos tiram. Tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
-Untuk membuat sos, tumis bawang putih hingga garing, masukkan cili kering dan cili masak yang dikisar, sos cili,sos tomato,gula,bahan perasa dan air.Biar mendidih seketika.
Friday, May 4, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)