Masakan tradisional melayu, tidak ada harga untuk menilainya. Ia adalah hasil ciptaan generasi lama iaitu nenek moyang kita yang semulajadi mengilhamkannya untuk keperluan kehidupan. Bayangkan...ia umpam harta karun yang tidak ada taranya. Gunung ganang, hutan rimba dan belantara, selut lumpur, sungai, sawah bendang dan kehijauan ppohon segala-galanya diterokai lalu ketemulah khazanah berharga yang menjadi sumber makanan dan masakan yang unik dan istimewa sehingga mampu kekal untuk diperturunkan zaman-berzaman. Sumber masakan yang melimpah ruah dalam bentuk sayuran, ulam-ulaman, ikan darat, binatang hutan dan sebagainya diolah menjadi masakan enak pelbagai tema termasuk masakan rendang, gulai lemak kuning, gulai merah, goreng, rebus, salai, bubur, pengat, manisan kuih-kuih basah, sambal, pencicah, kerabu dn pelbagai lagi. Di sini segalanya ada tentang resepi masakan. Anda boleh mendapatkannya dengan mencubanya dengan mudah. Resepi terdiri dari seluruh pelusuk dunia. Masakan melayu traditional juga boleh didapati disini. Semuanya ringkas dan padat...

No comments:
Post a Comment